Oleh : Amizam bin Mohamed
KEJOHANAN PERTAMA TAHUN 2019
SKUDAI, 2 MAC 2019 - Kelab Catur SK Kota Masai telah menyertai Pertandingan Catur 1Sabtu UTM yang berlangsung di Kolej Rahman Putra bermula jam 8.30 pagi. Kejohanan itu dianjurkan oleh Kelab Catur UTM (KECAS). Seramai 9 pemain iaitu 6 lelaki dan 3 perempuan bersama jurulatih catur sekolah Cikgu Amizam Mohamed berada dalam pasukan catur SK Kota Masai. Ini merupakan pertandingan separa kompetetif pertama disertai pemain-pemain ini.
 |
| Skuad catur SK Kota Masai ke Pertandingan Catur 1Sabtu UTM Skudai |
Tujuan penyertaan murid-murid dalam pertandingan ini adalah sebagai persediaan dan pendedahan kepada mereka sebelum menghadapi lawan sebenar di Kejohanan Catur MSSD Pasir Gudang yang dijangka berlangsung pada 16-18 April 2019.
 |
| Kereta cikgu pun dah jadi macam van sekolah |
Pasukan itu bertolak pada jam 7.40 pagi menempuh jalan sesak Lebuh Raya Pasir Gudang dan Jalan Skudai sejauh 47 kilometer dan tiba di Kolej Rahman Putra jam 8.30 pagi. Namun perlawanan bermula agak lewat kerana Kolej Rahman Putra merupakan venue baru yang sebelum ini diadakan di tempat lain dalam UTM.
 |
| Latihan penyesuaian tempat oleh pemain-pemain SK Kota Masai |
GAMBAR-GAMBAR KETIKA PERLAWANAN BERLANGSUNG
 |
| Auni bertarung pada pusingan ketiga |
 |
| Khairi dan Wafiy di pusingan kelima |
 |
| Nik Ilham berentap |
 |
| Aieman agak gugup permainannya |
 |
| Nurin masih tercari-cari rentak |
Seramai 35 orang peserta dari murid-murid sekitar daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai dan kawasan sekitar bertanding dalam kategori bawah 12 tahun. Ternyata pertandingan ini memberi pengalaman berharga kepada peserta dari SK Kota Masai apabila banyak kesilapan mudah dilakukan sehingga memberi kemenangan yang tidak sepatutnya kepada lawan. Bagi peserta lelaki secara keseluruhannya bermain agak baik dan mampu bersaing dengan pemain-pemain yang berpengalaman lain. Manakala peserta perempuan masih banyak skill dan trick yang perlu mereka belajar untuk sekurang-kurangnya tidak menjadi lubuk mata bagi pihak lawan.
 |
Bersama 'Orang Kuat' catur MSSD Johor Bahru Cikgu Iskandar Al Mahadi dan Ustaz Hadad yang turut menghantar muridnya dalam pertandingan ini
|
 |
Ambil angin di luar sementara menunggu pemain SK Kota Masai berlawan
|
Pertandingan yang berjalan selama lima pusingan dan masa 20 minit setiap perlawanan berakhir dengan Muhammad Hadif Abdul Jamil berjaya menempatkan diri dalam kedudukan pingat apabila merangkul tempat kedua. Manakala peserta-peserta lain menduduki tempat pertengahan dan bawah carta.
 |
| Hadif Jamil merangkul tempat kedua tetapi melihat gaya permainannya belum cukup ampuh untuk melayani pemain-pemain hebat di MSSD Pasir Gudang bulan April nanti |
 |
| Kedudukan pemain selepas tamat pusingan kelima |
 |
| Jadual 2 : Kedudukan pemain |
Jam 1.00 tengah hari pasukan ini bergerak pulang ke Pasir Gudang kemudian singgah di KFC Pusat Bandar untuk makan tengah hari. Sebaik sahaja selesai makan mereka pulang dan tiba di SK Kota Masai pada jam 3.30 petang.
 |
Pemain makan tengah hari di KFC Kompleks Pasir Gudang di Pusat Bandar
|
Berikut senarai nama pemain berserta dengan kedudukan dalam carta :-
- CATUR SABTU1 UTM MAC 2019
- 2 Mac 2019 (Sabtu)
- 8:30 Pagi - 1:30 Tengahari
- Bilik Seminar, Kolej Rahman Putra
- UTM Johor Bahru
- Muhammad Hadif Bin Jamil No.2
- Nurin Atiqah Binti Mohd Hatta No.29
- Ienaz Nursaniyah Binti Mat Sharif No.26
- Muhammad Wafiy Ilyas Bin Amizam No.18
- Nur Auni Aqilah Binti Nordin No.28
- Muhammad Syamim Bin Khairul No.16
- Muhammad Khairi Bin Abdullah No.12
- Muhammad Aieman Zaquan Bin Rosihidi No.15
- Nik Muhammad Ilham Bin Nik Ariffin Marzuky No.24
No comments:
Post a Comment