Saturday, March 2, 2019

PEMANAS BADAN DI CATUR 1SABTU UTM SKUDAI

Oleh : Amizam bin Mohamed

KEJOHANAN PERTAMA TAHUN 2019

SKUDAI, 2 MAC 2019 - Kelab Catur SK Kota Masai telah menyertai Pertandingan Catur 1Sabtu UTM yang berlangsung di Kolej Rahman Putra bermula jam 8.30 pagi. Kejohanan itu dianjurkan oleh Kelab Catur UTM (KECAS). Seramai 9 pemain iaitu 6 lelaki dan 3 perempuan bersama jurulatih catur sekolah Cikgu Amizam Mohamed berada dalam pasukan catur SK Kota Masai. Ini merupakan pertandingan separa kompetetif pertama disertai pemain-pemain ini.

Skuad catur SK Kota Masai ke Pertandingan Catur 1Sabtu UTM Skudai

Tujuan penyertaan murid-murid dalam pertandingan ini adalah sebagai persediaan dan pendedahan kepada mereka sebelum menghadapi lawan sebenar di Kejohanan Catur MSSD Pasir Gudang yang dijangka berlangsung pada 16-18 April 2019.

Kereta cikgu pun dah jadi macam van sekolah

Pasukan itu bertolak pada jam 7.40 pagi menempuh jalan sesak Lebuh Raya Pasir Gudang dan Jalan Skudai sejauh 47 kilometer dan tiba di Kolej Rahman Putra jam 8.30 pagi. Namun perlawanan bermula agak lewat kerana Kolej Rahman Putra merupakan venue baru yang sebelum ini diadakan di tempat lain dalam UTM.

Latihan penyesuaian tempat oleh pemain-pemain SK Kota Masai

GAMBAR-GAMBAR KETIKA PERLAWANAN BERLANGSUNG

Auni bertarung pada pusingan ketiga

Khairi dan Wafiy di pusingan kelima

Nik Ilham berentap

Aieman agak gugup permainannya

Nurin masih tercari-cari rentak

Seramai 35 orang peserta dari murid-murid sekitar daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai dan kawasan sekitar bertanding dalam kategori bawah 12 tahun. Ternyata pertandingan ini memberi pengalaman berharga kepada peserta dari SK Kota Masai apabila banyak kesilapan mudah dilakukan sehingga memberi kemenangan yang tidak sepatutnya kepada lawan. Bagi peserta lelaki secara keseluruhannya bermain agak baik dan mampu bersaing dengan pemain-pemain yang berpengalaman lain. Manakala peserta perempuan masih banyak skill dan trick yang perlu mereka belajar untuk sekurang-kurangnya tidak menjadi lubuk mata bagi pihak lawan.

Bersama 'Orang Kuat' catur MSSD Johor Bahru Cikgu Iskandar Al Mahadi dan Ustaz Hadad yang turut menghantar muridnya dalam pertandingan ini

Ambil angin di luar sementara menunggu pemain SK Kota Masai berlawan

Pertandingan yang berjalan selama lima pusingan dan masa 20 minit setiap perlawanan berakhir dengan Muhammad Hadif Abdul Jamil berjaya menempatkan diri dalam kedudukan pingat apabila merangkul tempat kedua. Manakala peserta-peserta lain menduduki tempat pertengahan dan bawah carta.

Hadif Jamil merangkul tempat kedua tetapi melihat gaya permainannya belum cukup ampuh untuk melayani pemain-pemain hebat di MSSD Pasir Gudang bulan April nanti

Kedudukan pemain selepas tamat pusingan kelima 

Jadual 2 : Kedudukan pemain 

Jam 1.00 tengah hari pasukan ini bergerak pulang ke Pasir Gudang kemudian singgah di KFC Pusat Bandar untuk makan tengah hari. Sebaik sahaja selesai makan mereka pulang dan tiba di SK Kota Masai pada jam 3.30 petang.

Pemain makan tengah hari di KFC Kompleks Pasir Gudang di Pusat Bandar

Berikut senarai nama pemain berserta dengan kedudukan dalam carta  :-

  • CATUR SABTU1 UTM MAC 2019
  • 2 Mac 2019 (Sabtu)
  • 8:30 Pagi - 1:30 Tengahari
  • Bilik Seminar, Kolej Rahman Putra
  • UTM Johor Bahru
  1. Muhammad Hadif Bin Jamil No.2
  2. Nurin Atiqah Binti Mohd Hatta No.29
  3. Ienaz Nursaniyah Binti Mat Sharif No.26
  4. Muhammad Wafiy Ilyas Bin Amizam No.18
  5. Nur Auni Aqilah Binti Nordin No.28
  6. Muhammad Syamim Bin Khairul No.16
  7. Muhammad Khairi Bin Abdullah No.12
  8. Muhammad Aieman Zaquan Bin Rosihidi No.15
  9. Nik Muhammad Ilham Bin Nik Ariffin Marzuky No.24

Thursday, February 21, 2019

HARI GELAP BOLA SEPAK PERLIS

Oleh : Amizam bin Mohamed

PERLIS DISINGKIRKAN DARIPADA LIGA MALAYSIA

21 FEBRUARI 2019 - Bola sepak Perlis seakan menuju ke zaman kegelapan apabila selepas ahli lembaga pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebulat suara menyingkirkan pasukan itu daripada liga. Penyingkiran dibuat atas faktor ketidakmampuan pasukan bola sepak Perlis dari segi kewangan untuk membiayai pasukan sepanjang liga berlangsung pada 2019.


Ariff Adenan seorang penyokong tegar skuad kuning biru turut kecewa dengan berita penyingkiran skuad Perlis dalam kancah Liga M 2019

Berita dalam Utusan Online 20 Februari 2019 yang memaparkan Perlis disingkir dari Liga M

KRONOLOGI SEBELUM PENYINGKIRAN

  • 29 Disember 2018 - PFA berjanji langsaikan gaji tertunggak pemain dalam 60 hari (MStar)
  • 15 Januari 2019 - 27 pemain dan pegawai pasukan Perlis musim 2018 mendakwa tidak dibayar gaji sejak Mac 2018 (Utusan Malaysia)
  • 18 Januari 2019 - PFA tak lepas isu gaji (Berita Harian)
  • 25 Januari 2019 - PFA bayar gaji PNL2 Mac ini (Harian Metro)
  • 18 Februari 2019 - Safee Sali tinggalkan Perlis (MStar)
  • 20 Februari 2019 - Piya sah tinggalkan Perlis (Berita Harian)
  • 20 Februari 2019 - MFL Batalkan Penyertaan Perlis Dalam Liga Malaysia (Football Tribe Malaysia)

SEJARAH HEBAT BOLA SEPAK PERLIS

Saya tidak menjumpai tarikh sebenar pasukan bola sepak Perlis ditubuhkan. Tapi saya jangkakan pasukan Perlis ditubuhkan antara tahun 1946 hingga 1947 kerana pertama kali pasukan Perlis menyertai kancah bola sepak negara pada tahun 1948 apabila turut serta dalam pertandingan Piala Malaya.

Pasukan Perlis menjadi pasukan pertama yang memenangi Liga semi Pro Division 2 pada tahun 1989. Namun turun semula ke divisyen 2 pada tahun 1990 setelah tidak mampu bersaing dengan pasukan lain dalam divisyen 1. Ayam tambatan Perlis pada masa itu ialah seorang pemain import bernama Pradupan Jarunya yang memenangi Kasut Emas pada 1989 dengan 13 gol.

Perlis menjadi juara sulung Liga Divisyen Dua tahun 1989 dengan Pradupan Jarunya pemain import pasukan tersebut memenangi Anugerah Kasut Emas : sumber dari wikipedia

Pradupan Jarunya (Jersi Kuning) bersaing dengan Karel Stromsik penjaga gol Selangor yang juga merupakan penjaga gol skuad Czechoslovakia dalam Liga Semi Pro Divisyen 1 tahun 1990. (Gambar dari FB Anak Perelih).

Perlis juga memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2006. Pernah juga memenangi Liga Super pada tahun 2005. Pemain import yang menjadi tulang belakang pada waktu itu ialah Lamin Conteh Jr. Serta Zachariah Simukonda dan juga Philimon Chipieta. Tidak lupa juga import Perlis era 90-an yang merupakan bekas pemain Piala Dunia bagi pasukan Cameroon, Emile Mboh Mboh.

Gambar dari Johari Yop The Legend : Emile Mboh Mboh pemain mewakili Cameroon dalam World Cup tahun 1990 menjadi pemain penyerang bagi pasukan Perlis

PERLAWANAN TERAKHIR PERLIS DALAM LIGA 2019

Boleh dikatakan satu perlawanan epik bagi Perlis serta para penyokongnya ketika bertandang di Stadium Pasir Gudang pada hari Jumaat 15 Mac 2019 menentang Johor Takzim II. Perlawanan itu berkesudahan dengan Perlis tewas 1-2 kepada tuan rumah. Seorang rakan saya (Sir Arif) tidak dapat menahan Sebak apabila dapat menonton buat pertama kali Perlis bermain di Pasir Gudang dalam Liga Perdana kerana sudah beberapa tahun Perlis terjerumus ke kancah Liga FAM.

Mungkin ia menjadi perlawanan terakhir Perlis ketika menentang JDT II di Stradium Pasir Gudang pada 15 Februari 2019. Sumber gambar : dari FB Ariff Aqhlaken

Beliau tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangannya. Beliau nampak gembira dan berpuas hati dan dengan corak permainan pasukan kegemarannya. Namun kegembiraan itu tidak lama kerana beberapa hari kemudian Perlis disingkirkan dari Liga kerana tidak mampu membayar gaji pemain dan pegawai.

Mulanya kelihatan gembira apabila Perlis yang dibarisi pemain bintang dapat beraksi di Liga M namun sugul 6 hari kemudian setelah Perlis disisihkan dari liga : Sumber foto dari FB ariff aqhlaken

SUMBER KEWANGAN MASALAH UTAMA BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Bukan sahaja Perlis malah kebanyakan pasukan bola sepak di Malaysia turut mempunyai masalah kewangan. Saya gariskan di sini beberapa faktor yang menyebabkan pasukan bola sepak di Malaysia mengalami masalah kewangan terutamanya di pertengahan musim Liga.

1. Peningkatan Gaji Pemain

Gaji pemain dan pegawai yang tinggi. Gaji pemain pemain di Malaysia dikesan mula mengalami peningkatan mendadak pada tahun 2010. Sejak Tan Sri Annuar Musa melakukan reformasi terhadap pasukan bola sepak Kelantan. Pada waktu itu rata-rata pemain Kelantan yang dibawa masuk merupakan pemain Kebangsaan yang dibayar gaji berkali ganda lebih tinggi dari pemain-pemain pasukan lain. Ini menyebabkan gaji lantai bagi pemain-pemain lain turut menjadi tinggi. Di samping itu setiap pasukan juga berlumba-lumba menawarkan gaji yang tinggi untuk mendapatkan pemain yang jadi rebutan. Namun pada masa itu Tan Sri Annuar Musa dapat menampung pembayaran gaji pemain dengan menerima penajaan yang banyak dari syarikat-syarikat swasta.

2. Kurang Penonton ke Stadium

Pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia juga mengalami masalah kurangnya penonton dalam perlawanan. Penonton hanya datang bila pasukan mereka kuat atau menduduki kedudukan yang tinggi dalam liga. Penonton juga akan ramai bila pasukan dapat masuk ke peringkat separuh akhir ataupun akhir. Namun tidak pada perlawanan-perlawanan lain. Ini menyebabkan pasukan tidak dapat memperoleh hasil yang cukup dari jualan tiket.

3. Penajaan Tidak Mencukupi

Pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia juga mengalami masalah mendapatkan penajaan yang cukup untuk membiayai operasi pasukan. Tidak banyak syarikat-syarikat swasta sanggup menghulurkan tajaan kepada pasukan. Kebanyakan tajaan yang diterima oleh pasukan hanyalah berbentuk barangan seperti jersi, stokin dan but bola. Sedangkan pasukan memerlukan aliran tunai untuk membiayai pasukan. Kebanyakan pasukan menerima tajaan daripada anak syarikat negeri. Tetapi bagi Perlis anak syarikat negeri yang ada tidak mampu memberi sumbangan kerana hasil Syarikat sangat kurang. Kebanyakan pasukan bergantung kepada wang yang disalurkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Selalunya pasukan yang mengalami masalah kewangan tidak mendapat sokongan yang baik dari kerajaan negeri.

4. Hasil Jualan Merchandise Kurang

Setiap pasukan juga mengalami masalah kekurangan hasil keuntungan dari jualan merchandise barang-barang pasukan seperti jersi dan lain-lain. Salah satu faktor mengapa kurang disebabkan oleh penjualan barang-barang seperti jersi tiruan yang berleluasa. Para penyokong seolah-olah tidak mahu membantu pasukan kerana mereka lebih suka membeli merchandise tiruan perangai lebih murah. Salah satu faktor lagi ialah saiz pasaran kecil menyebabkan barang-barang pasukan tidak dapat dijual dalam kuantiti yang banyak.

5.Pemain Malaysia Tidak Laku dalam Pasaran Pemain Antarabangsa

Pasukan pasukan bola sepak di Malaysia juga tidak mampu menjual pemain yang mereka miliki kepada pasukan-pasukan lain. Jika kita lihat pasukan pasukan bola sepak di negara-negara Eropah mereka menjana pendapatan melalui pasaran jual beli pemain. Sebenarnya Inilah punca kewangan utama mereka. Pemain-pemain yang kita miliki sekarang mempunyai skill atau kemahiran yang sangat rendah di samping fizikal badan yang kecil. Ini menyebabkan tiada pasukan luar berminat melakukan urusniaga pemain bola sepak negara kita.

6. Kos Operasi Pasukan Sangat Tinggi

selain membayar gaji pemain, setiap pasukan juga terpaksa menanggung kos operasi pasukan seperti menyewa pejabat, stadium, bilik hotel ketika bertandang ke gelanggang lawan dan juga tambang pengangkutan seperti bas dan juga kapal terbang. Ini mungkin kerana pasukan tidak mempunyai prasarana tersendiri seperti stadium dan bas.


PEMAIN SEMI PRO MUNGKIN SATU SOLUSI

Gaji merupakan perkara yang dapat memenuhi keperluan fisiologi bagi seseorang manusia di zaman moden untuk membiayai keperluan asas seperti makanan pakaian dan tempat tinggal. Jika tidak dapat memenuhi keperluan fisiologi tersebut moral dan motivasi seseorang akan down. Masa Inilah kita akan lihat keputusan perlawanan  akan menunjukkan tanda-tanda kejatuhan selari dengan turunnya motivasi pemain. Oleh kerana banyak pasukan tidak mampu membayar gaji atas faktor kewangan adalah lebih baik jika pemain pemain itu dibenarkan bekerja di organisasi tidak kiralah samaada swasta mahupun kerajaan.

Pada masa yang sama mereka boleh mewakili pasukan bola sepak. Pasukan hanya perlu membayar elaun latihan dan juga perlawanan. Saya masih ingat ketika zaman semi-pro pemain pemain seperti Zainal Abidin Hassan bekerja dengan Public Bank dalam masa yang sama bermain untuk pasukan Selangor. Begitu juga dengan Fandi Ahmad yang bermain dengan pasukan Kuala Lumpur pada masa yang sama bekerja dengan DBKL sebagai pemain organisasi tersebut. Begitu juga dengan pemain-pemain lain yang selalunya bekerja dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan seperti DBKL, MPKB, MPKT, PKNK dan sebagainya.

Sebenarnya mewujudkan pemain semi Pro dapat mengatasi dua benda iaitu gaji pemain dan juga menurunkan kos pengurusan pasukan. Ini kerana pemain sudah mendapat pendapatan yang tetap di samping pendapatan tambahan yang diterima dari pasukan bola sepak yang diwakilinya. Manakala pasukan dapat menurunkan kos operasi melalui pengurangan bayaran gaji pemain.

Sekian......

NOTA : PANDANGAN ATAU PENDAPAT DALAM DALAM ENTRI INI HANYALAH BERSIFAT PERIBADI PENULIS SAHAJA

***Ralat pemain import Perlis era 90an Pradupan Jarunya bukan dari Thailand sebaliknya seorang pemain dari Eropah Timur.

***Ini adalah blog kedua penulis. Tuan puan boleh juga melawat dalam blog utama saya pada link ini PERJALANAN HIDUP