Oleh : Amizam bin Mohamed
PERLIS DISINGKIRKAN DARIPADA LIGA MALAYSIA
21 FEBRUARI 2019 - Bola sepak Perlis seakan menuju ke zaman kegelapan apabila selepas ahli lembaga pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebulat suara menyingkirkan pasukan itu daripada liga. Penyingkiran dibuat atas faktor ketidakmampuan pasukan bola sepak Perlis dari segi kewangan untuk membiayai pasukan sepanjang liga berlangsung pada 2019.
KRONOLOGI SEBELUM PENYINGKIRAN
SEJARAH HEBAT BOLA SEPAK PERLIS
Saya tidak menjumpai tarikh sebenar pasukan bola sepak Perlis ditubuhkan. Tapi saya jangkakan pasukan Perlis ditubuhkan antara tahun 1946 hingga 1947 kerana pertama kali pasukan Perlis menyertai kancah bola sepak negara pada tahun 1948 apabila turut serta dalam pertandingan Piala Malaya.
Pasukan Perlis menjadi pasukan pertama yang memenangi Liga semi Pro Division 2 pada tahun 1989. Namun turun semula ke divisyen 2 pada tahun 1990 setelah tidak mampu bersaing dengan pasukan lain dalam divisyen 1. Ayam tambatan Perlis pada masa itu ialah seorang pemain import bernama Pradupan Jarunya yang memenangi Kasut Emas pada 1989 dengan 13 gol.
Perlis juga memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2006. Pernah juga memenangi Liga Super pada tahun 2005. Pemain import yang menjadi tulang belakang pada waktu itu ialah Lamin Conteh Jr. Serta Zachariah Simukonda dan juga Philimon Chipieta. Tidak lupa juga import Perlis era 90-an yang merupakan bekas pemain Piala Dunia bagi pasukan Cameroon, Emile Mboh Mboh.
PERLAWANAN TERAKHIR PERLIS DALAM LIGA 2019
Boleh dikatakan satu perlawanan epik bagi Perlis serta para penyokongnya ketika bertandang di Stadium Pasir Gudang pada hari Jumaat 15 Mac 2019 menentang Johor Takzim II. Perlawanan itu berkesudahan dengan Perlis tewas 1-2 kepada tuan rumah. Seorang rakan saya (Sir Arif) tidak dapat menahan Sebak apabila dapat menonton buat pertama kali Perlis bermain di Pasir Gudang dalam Liga Perdana kerana sudah beberapa tahun Perlis terjerumus ke kancah Liga FAM.
Beliau tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangannya. Beliau nampak gembira dan berpuas hati dan dengan corak permainan pasukan kegemarannya. Namun kegembiraan itu tidak lama kerana beberapa hari kemudian Perlis disingkirkan dari Liga kerana tidak mampu membayar gaji pemain dan pegawai.
SUMBER KEWANGAN MASALAH UTAMA BOLA SEPAK DI MALAYSIA
Bukan sahaja Perlis malah kebanyakan pasukan bola sepak di Malaysia turut mempunyai masalah kewangan. Saya gariskan di sini beberapa faktor yang menyebabkan pasukan bola sepak di Malaysia mengalami masalah kewangan terutamanya di pertengahan musim Liga.
1. Peningkatan Gaji Pemain

![]() |
| Ariff Adenan seorang penyokong tegar skuad kuning biru turut kecewa dengan berita penyingkiran skuad Perlis dalam kancah Liga M 2019 |
![]() |
Berita dalam Utusan Online 20 Februari 2019 yang memaparkan Perlis disingkir dari Liga M
|
KRONOLOGI SEBELUM PENYINGKIRAN
- 29 Disember 2018 - PFA berjanji langsaikan gaji tertunggak pemain dalam 60 hari (MStar)
- 15 Januari 2019 - 27 pemain dan pegawai pasukan Perlis musim 2018 mendakwa tidak dibayar gaji sejak Mac 2018 (Utusan Malaysia)
- 18 Januari 2019 - PFA tak lepas isu gaji (Berita Harian)
- 25 Januari 2019 - PFA bayar gaji PNL2 Mac ini (Harian Metro)
- 18 Februari 2019 - Safee Sali tinggalkan Perlis (MStar)
- 20 Februari 2019 - Piya sah tinggalkan Perlis (Berita Harian)
- 20 Februari 2019 - MFL Batalkan Penyertaan Perlis Dalam Liga Malaysia (Football Tribe Malaysia)
SEJARAH HEBAT BOLA SEPAK PERLIS
Saya tidak menjumpai tarikh sebenar pasukan bola sepak Perlis ditubuhkan. Tapi saya jangkakan pasukan Perlis ditubuhkan antara tahun 1946 hingga 1947 kerana pertama kali pasukan Perlis menyertai kancah bola sepak negara pada tahun 1948 apabila turut serta dalam pertandingan Piala Malaya.
Pasukan Perlis menjadi pasukan pertama yang memenangi Liga semi Pro Division 2 pada tahun 1989. Namun turun semula ke divisyen 2 pada tahun 1990 setelah tidak mampu bersaing dengan pasukan lain dalam divisyen 1. Ayam tambatan Perlis pada masa itu ialah seorang pemain import bernama Pradupan Jarunya yang memenangi Kasut Emas pada 1989 dengan 13 gol.
![]() |
| Perlis menjadi juara sulung Liga Divisyen Dua tahun 1989 dengan Pradupan Jarunya pemain import pasukan tersebut memenangi Anugerah Kasut Emas : sumber dari wikipedia |
Perlis juga memenangi Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2006. Pernah juga memenangi Liga Super pada tahun 2005. Pemain import yang menjadi tulang belakang pada waktu itu ialah Lamin Conteh Jr. Serta Zachariah Simukonda dan juga Philimon Chipieta. Tidak lupa juga import Perlis era 90-an yang merupakan bekas pemain Piala Dunia bagi pasukan Cameroon, Emile Mboh Mboh.
![]() |
| Gambar dari Johari Yop The Legend : Emile Mboh Mboh pemain mewakili Cameroon dalam World Cup tahun 1990 menjadi pemain penyerang bagi pasukan Perlis |
PERLAWANAN TERAKHIR PERLIS DALAM LIGA 2019
Boleh dikatakan satu perlawanan epik bagi Perlis serta para penyokongnya ketika bertandang di Stadium Pasir Gudang pada hari Jumaat 15 Mac 2019 menentang Johor Takzim II. Perlawanan itu berkesudahan dengan Perlis tewas 1-2 kepada tuan rumah. Seorang rakan saya (Sir Arif) tidak dapat menahan Sebak apabila dapat menonton buat pertama kali Perlis bermain di Pasir Gudang dalam Liga Perdana kerana sudah beberapa tahun Perlis terjerumus ke kancah Liga FAM.
![]() |
| Mungkin ia menjadi perlawanan terakhir Perlis ketika menentang JDT II di Stradium Pasir Gudang pada 15 Februari 2019. Sumber gambar : dari FB Ariff Aqhlaken |
Beliau tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangannya. Beliau nampak gembira dan berpuas hati dan dengan corak permainan pasukan kegemarannya. Namun kegembiraan itu tidak lama kerana beberapa hari kemudian Perlis disingkirkan dari Liga kerana tidak mampu membayar gaji pemain dan pegawai.
![]() |
| Mulanya kelihatan gembira apabila Perlis yang dibarisi pemain bintang dapat beraksi di Liga M namun sugul 6 hari kemudian setelah Perlis disisihkan dari liga : Sumber foto dari FB ariff aqhlaken |
SUMBER KEWANGAN MASALAH UTAMA BOLA SEPAK DI MALAYSIA
Bukan sahaja Perlis malah kebanyakan pasukan bola sepak di Malaysia turut mempunyai masalah kewangan. Saya gariskan di sini beberapa faktor yang menyebabkan pasukan bola sepak di Malaysia mengalami masalah kewangan terutamanya di pertengahan musim Liga.
1. Peningkatan Gaji Pemain
Gaji pemain dan pegawai yang tinggi. Gaji pemain pemain di Malaysia dikesan mula mengalami peningkatan mendadak pada tahun 2010. Sejak Tan Sri Annuar Musa melakukan reformasi terhadap pasukan bola sepak Kelantan. Pada waktu itu rata-rata pemain Kelantan yang dibawa masuk merupakan pemain Kebangsaan yang dibayar gaji berkali ganda lebih tinggi dari pemain-pemain pasukan lain. Ini menyebabkan gaji lantai bagi pemain-pemain lain turut menjadi tinggi. Di samping itu setiap pasukan juga berlumba-lumba menawarkan gaji yang tinggi untuk mendapatkan pemain yang jadi rebutan. Namun pada masa itu Tan Sri Annuar Musa dapat menampung pembayaran gaji pemain dengan menerima penajaan yang banyak dari syarikat-syarikat swasta.
2. Kurang Penonton ke Stadium
Pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia juga mengalami masalah kurangnya penonton dalam perlawanan. Penonton hanya datang bila pasukan mereka kuat atau menduduki kedudukan yang tinggi dalam liga. Penonton juga akan ramai bila pasukan dapat masuk ke peringkat separuh akhir ataupun akhir. Namun tidak pada perlawanan-perlawanan lain. Ini menyebabkan pasukan tidak dapat memperoleh hasil yang cukup dari jualan tiket.
3. Penajaan Tidak Mencukupi
Pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia juga mengalami masalah mendapatkan penajaan yang cukup untuk membiayai operasi pasukan. Tidak banyak syarikat-syarikat swasta sanggup menghulurkan tajaan kepada pasukan. Kebanyakan tajaan yang diterima oleh pasukan hanyalah berbentuk barangan seperti jersi, stokin dan but bola. Sedangkan pasukan memerlukan aliran tunai untuk membiayai pasukan. Kebanyakan pasukan menerima tajaan daripada anak syarikat negeri. Tetapi bagi Perlis anak syarikat negeri yang ada tidak mampu memberi sumbangan kerana hasil Syarikat sangat kurang. Kebanyakan pasukan bergantung kepada wang yang disalurkan oleh kerajaan negeri masing-masing. Selalunya pasukan yang mengalami masalah kewangan tidak mendapat sokongan yang baik dari kerajaan negeri.
4. Hasil Jualan Merchandise Kurang
Setiap pasukan juga mengalami masalah kekurangan hasil keuntungan dari jualan merchandise barang-barang pasukan seperti jersi dan lain-lain. Salah satu faktor mengapa kurang disebabkan oleh penjualan barang-barang seperti jersi tiruan yang berleluasa. Para penyokong seolah-olah tidak mahu membantu pasukan kerana mereka lebih suka membeli merchandise tiruan perangai lebih murah. Salah satu faktor lagi ialah saiz pasaran kecil menyebabkan barang-barang pasukan tidak dapat dijual dalam kuantiti yang banyak.
5.Pemain Malaysia Tidak Laku dalam Pasaran Pemain Antarabangsa
Pasukan pasukan bola sepak di Malaysia juga tidak mampu menjual pemain yang mereka miliki kepada pasukan-pasukan lain. Jika kita lihat pasukan pasukan bola sepak di negara-negara Eropah mereka menjana pendapatan melalui pasaran jual beli pemain. Sebenarnya Inilah punca kewangan utama mereka. Pemain-pemain yang kita miliki sekarang mempunyai skill atau kemahiran yang sangat rendah di samping fizikal badan yang kecil. Ini menyebabkan tiada pasukan luar berminat melakukan urusniaga pemain bola sepak negara kita.
6. Kos Operasi Pasukan Sangat Tinggi
selain membayar gaji pemain, setiap pasukan juga terpaksa menanggung kos operasi pasukan seperti menyewa pejabat, stadium, bilik hotel ketika bertandang ke gelanggang lawan dan juga tambang pengangkutan seperti bas dan juga kapal terbang. Ini mungkin kerana pasukan tidak mempunyai prasarana tersendiri seperti stadium dan bas.
PEMAIN SEMI PRO MUNGKIN SATU SOLUSI
Gaji merupakan perkara yang dapat memenuhi keperluan fisiologi bagi seseorang manusia di zaman moden untuk membiayai keperluan asas seperti makanan pakaian dan tempat tinggal. Jika tidak dapat memenuhi keperluan fisiologi tersebut moral dan motivasi seseorang akan down. Masa Inilah kita akan lihat keputusan perlawanan akan menunjukkan tanda-tanda kejatuhan selari dengan turunnya motivasi pemain. Oleh kerana banyak pasukan tidak mampu membayar gaji atas faktor kewangan adalah lebih baik jika pemain pemain itu dibenarkan bekerja di organisasi tidak kiralah samaada swasta mahupun kerajaan.
Pada masa yang sama mereka boleh mewakili pasukan bola sepak. Pasukan hanya perlu membayar elaun latihan dan juga perlawanan. Saya masih ingat ketika zaman semi-pro pemain pemain seperti Zainal Abidin Hassan bekerja dengan Public Bank dalam masa yang sama bermain untuk pasukan Selangor. Begitu juga dengan Fandi Ahmad yang bermain dengan pasukan Kuala Lumpur pada masa yang sama bekerja dengan DBKL sebagai pemain organisasi tersebut. Begitu juga dengan pemain-pemain lain yang selalunya bekerja dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan seperti DBKL, MPKB, MPKT, PKNK dan sebagainya.
Sebenarnya mewujudkan pemain semi Pro dapat mengatasi dua benda iaitu gaji pemain dan juga menurunkan kos pengurusan pasukan. Ini kerana pemain sudah mendapat pendapatan yang tetap di samping pendapatan tambahan yang diterima dari pasukan bola sepak yang diwakilinya. Manakala pasukan dapat menurunkan kos operasi melalui pengurangan bayaran gaji pemain.
Sekian......
NOTA : PANDANGAN ATAU PENDAPAT DALAM DALAM ENTRI INI HANYALAH BERSIFAT PERIBADI PENULIS SAHAJA
***Ralat pemain import Perlis era 90an Pradupan Jarunya bukan dari Thailand sebaliknya seorang pemain dari Eropah Timur.
***Ini adalah blog kedua penulis. Tuan puan boleh juga melawat dalam blog utama saya pada link ini PERJALANAN HIDUP

No comments:
Post a Comment